Friday, December 26, 2008

Sahabatku..

Saya rasa terlalu rindu dengan blog ini. Mungkin sebab itu saya banayk sedikit menceceh. Menulis tah apa2 yang saya rasa perlu.. Hehehehe.

Sahabat... Maafkan saya..
beginilah. Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada suatu dugaan dan juga masalah. Cuma kita sebagai manusia yang bertamadun, pasti mempunyai cara dan akal kita yang rasional pasti boleh mengaplikasi masalah kita mengikut apa yang telah kita cuba corakkan dalam fikiran kita. bangunlah dan cubalah matang dalam menangani sesuatu. Sesungguhnya kita tidak akan nampak bodoh kalau kita kalah di pertarungan sekiranya kita telah cukup senjatanya walaupun musuh yang berada di depan lebih handal. cuma mungkin kita kalah kerana ketentuan-Nya. Kita akan dianggap menang sekiranya kita tahu menilai sesuatu masalah itu dengan akal fikir kita yang rasional, matang, dan tidak terlalu mengikut kata hati. Ituyang saya cuba belajar pada waktu ini. Saya percaya satu hari nanti saya akan dapat jawapan terhadap segala persoalan yang bergelodak dalam jiwa saya.

Saya juga diajar supaya erterus terang walaupun iaynya sangat menyakitkan. Saya tidak reti untuk terus membisu, namun kadang2 kita terpaksa berbuat demikian. Entahlah..

Lumrah roda yang terus berputar tanpa henti melainkan kita lah yang memberhentikan kayuhannya. Begitulah juga dengan hukum alam. KIta tidak selamanya berada di kemuncak, kadang-kadang kita juga akan tergelincir atau jauh ke bawah. kita harus terima keadaan ini. Selagi nafas ini mendesah, selagi nadi ini terus berdenyut, itulah yang harus kita lalui.

Kepada kawan2ku, saya memohon maaf lah sekiranya ada lah perbuatan dan tingkah laku, tingkah bicara saya mengguris hati kawan2. sesungguhnya, saya rasa yang saya da cuba yang terbaik untuk satu perhubungan yang murni. saya snagatsayangkan kawan2 saya.

Cuma saya memang tidak boleh terima hakikat bile kawan menipu saya secara terang-terangan. MUngkin tidak menyedari bahawa saya sudah mula bau-bau pembohongannya, tapi percayalah saya tidak perlu semua itu. Saya akan tunggu sampai bile akan berakhirnya permainan kita ini. Saya juga percaya yang kamu mula rasa goyah dan mula tercari2 di mana erti persahabatan kita. Cuma saya minta, nilaikanlah semula apalah ertinya sebuah hubungan kalau kita tak cuba nak menyenangkan hati kawan kita. Saya tidak pernah meminta apa2 pun, saya cuba harapkan semoga kamu cuba fikir2kanlah di mana saya dalam mata kamu dan dalam diri kamu. Adakah saya cuma singgahan bila kamu memerlukan pertolongan dari saya? Tah,tapi itu yang saya rasa. Bersyukur saya kerana peluang 4 tahun di universiti cuba menjadikan saya seorang yang cuba matang dalam berfikir. Saya juga bersyukur kerana saya berpeluang untuk mempelajari sedikit sebanyak ilmu drama dan teater. Dari situ saya dapat kenal diri saya dengan lebih jujur. Kelas drama sangat banyak membantu saya..

Cukuplah dulu. Insya-Allah saya akan terus menulis sekiranya diberikan kesempatan dan waktu serta ruang. Doakan saya. Namun, coretan ini sekadar bisikan hati syaa. Lebih selesa bercerita dengan menaip sebegini. JAdi, tak perlu nak memikirkan hati sesiapa sahaja. Tidak juga mengharapkan orang lain sebagai simpati. Ini hanyalah blog peribadi. Tiada yang menarik dan tiada yang terlalu istimewa. Terima kasih banyak kawan2.

omongan kosong

saya akan meneruskan perjuangan saya di medan ilmu. kiranya lebih kurang dalam 2 bulan lebih sebelum saya menjalani praktikum.. Ya Allah, berikanlah hamba-Mu kekuatan untuk menghadapi dugaan yang mendatang.. sesungguhnya, perjuangan itu tidak pernah selesai selagi nadiku berdenyut.

Insya-Allah saya akan melupakan segala yang berlaku sekitar waktu senggang ini. Bangun dan cuba berfikir secara matang siapa kita, di mana kita, kenapa kita dan seterusnya apakah tujuan kita sebenarnya?

Selagi nafas menghela, selag bumi berputar, saya percaya pada diri saya bahawa saya lah yang bakal merubah diri saya sendiri. tidak ada orang lain. it yang saya pasti. Saya juga pasti suatu hari nanti saya akan ketahui juga lumrah alam ini. saya cuba mula memahami lurah hidup ini..

Tuesday, December 9, 2008

Agak lama saya tidak menulis. Macam2 cerita ingin dicoretkan.. Sampai tak tahu nak mulakan dari mana. Cuma yang saya tau sekarang nie.. saya BENCI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan mula MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!