Thursday, October 23, 2008

peperiksaan.. oh peperiksaan

24hb, 29hb Oktober, 1hb, 6hb November merupakan detik getir dalam hidup saya kerana bakal bergelut dengan peperiksaan akhir.. Doa2kanlah saya semoga dapat menjawa soalan dengan tenang.. Semoga yang menanda soalan saya ni lembut hati tika membaca jawapan saya.. Insya-Allah saya cuba sedaya upaya untuk bersungguh-sungguh.. kan kalau kita nak kan sesuatu kita mesti usaha dengan keras. tidak semua dah tersedia di depan mata. Kena lah bijak sikit untuk tentukan arah tujuan hidup kita.. Benda yang penting dan serius janganlah pula diketepikan.. x akan datang bergolek perkara yang kita mahu.. Semoga berjaya..... Untuk diri saya sendiri, Atiey... Cuba dan terus mencuba..... Yakinlah awak mampu untuk melakukannya.. Insya-Allah..

Sunday, October 19, 2008

kopi dan teh tarik...

hmm.. Sekadar borak-borak kosong.. Dengan secawam kopi dan dua keping roti bakar, agaknya isu apa yang seronok hendak diperkatakan ye? Sebenarnya banyak isu yang boleh kita utarakan...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perkara berkaitan diri saya.. Memang blog ni utk saya mencatatkan segala perjalanan hidup saya yang rasanya x perlu diceritakan kepada orang lain... lagi pula blog ni dibuat kerana hal yang mula-mula terjadi dalam diri saya sekitar 2009 ni.

Kalau teh tu tawar, boleh la kita tambah gula.. tapi kalau hati kita da menjadi tawar, nak tmabah apa ye nak kembalikan semuanya kembali seperti sediakala? begitulah yang terjadi.. saya tak pernah jadikan isu ini sebagai isu yang boleh menyebabkan saya sakit jiwa atau sampai nak pecah kepala.. Langung x mengganggu aktiviti harian saya.. Ada lagi yang lebih penting.. Peperiksaan akhir saya kali ni saya da berjanji dengan semangat yang ada untuk capai ke tahap yang saya x pernah capai lagi sepanjang 6 semester di UPM.

Namun, sekadar omong-omong kosong... Teman saya sorang ni.. Cuba la nak merapati saya.. TApi x pandai nak bertindak. Dalam erti kata lain, x reti la nak tackle hati pompuan... Macam saya katakan dulu.. Kalau kita nak kepada sesuatu kita cubalah untuk dapatkannya.. X kan jadi kalau hanya tunggu dan ikut rentak sendiri saja.. Teman saya sorang ni, biarkan saya terkontang kanting.. KAdang-kadang x pernah nak faham saya. sya pun mula-mula boleh la bersabar... TUnggu dan tunggu.. Bukanlah saya harap hari-hari dia ngadap saya, laporkan seluruh kejadian dalam hidup dia.. Ataupun x ada keje lain dok ngekor saya je.. Tapi sungguh!!! Memang dia x reti lah nak cuba ambil hati saya...

Sampai satu tahap, saya da mula bosan.. X kan saya nak ikut rentak dia saja.. KAdang-kadang saya fikir.. Agaknya kalau aku mati, dia pun x tau.. Saya mula la menjauhkan diri darinya.. Cuba untuk cari jarak pemisah.. Biar la masing-masing cuba kenal diri masing-masing terlebih dahulu.. Akhirnya rasa selesa lak.. Seronok la, hati x sakit.. Tapi dia mula la memujuk saya.. Takut dia saya buat tak tau je ngan dia... Hahahahaha

Sapa nak tolong jawab...

Friday, October 17, 2008

open house... open house..

wah wah wah.. raya tinggal lagi 2 minggu je.. tapi pada hujung2 waktu begini la kite sering mendapat undangan jamuan hari raya.. malam ni saja sebenarnya saya mendapat satu jemputan untuk menghadiri jamuan hari raya kolej.. tapi saya tak pergi.. sebab saya ke segambut.. esok pagi dan malam saya ada jamuan hari raya di segambut.. Fuh.. mesti kenyang perut ni kan...

Wednesday, October 15, 2008

Semoga Allah memanjangkan umur ku..

Alhamdulillah, semalam genap la 23 tahun umur saya.. Ya Allah, aku memanjatkan kesyukuran kerana aku dapat bernafas kembali di bumi mu ini.. Aku mohon semoga Kau panjangkan umur ku, murahkan rezekiku, dan tetapkan imanku. Saya berharap dalam usia yang semakin mendewasakan ini boleh mengajar saya erti kehidupan dengan lebih bermakna..

Saya tidak menyambutnya di mana-mana pun. Seminggu ni saya agak sibuk sikit. urusan peribadi konon2nya.. Hehehehe. Saja je menyibukkan diri. Tapi saya dapat angpau+duit raya.. Terima kasih Sonia dan sesiapa saja yang ada di sekeliling saya pada waktu tu..

Jujurnya, saya amat gembira sekali malam tu.. Walaupun menyambutnya dengan beli kek guna duit sendiri, tapi dengan teman rapat saya ni menyambut hari lahir saya, saya rasa terharu..

Apa permintaan saya saat memotong kek????... Hmmm.. Biarlah hanya saya saja yang simpan.. Hehehehe

Anyway, terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan.. Tak kira la Nurdalilati ke, Atiey ke, Tatiey ke, T ke dan Sherry Lily ke.. Ianya hanya merujuk kepada seorang saja.. Iaitu saya!!!!!!!!!!!!!!

HAppy birthday to me....

Tuesday, October 7, 2008

Hmm. Ada sedikit yang mencuit hati saya.. Kelakar jugak.. Tadi semasa kelas pengujian penilaian, ketua kelas saya umumkan akan satu edaran kertas untuk sesiapa yang sudah berkahwin atau yang bakal berkahwin.. Isikan nama dalam kertas itu.. Mungkin untuk rundingan penempatan mengajar nanti.. Agaknya biar boleh dekat dengan suami kot... Saya saja je nak mendengki kawan-kawan.. Kebetulan saya orang pertama yang memegang kertas tersebut.. Laju saja tangan nak tulis nama saya.. Terus saja budak kelas terkejut.. Mereka kata bila bertanya, kata saya ni tidak ada teman istimewa.. Tup Tup.. Nak tulis nama tersebut.. Terus gelak saya.. Saja je saya nak mengusik rakan-rakan.. Nak tulis apa, yang nak kan kat saya pun tak ada lagi.. Heheheheh

Dalam kelas kokurikulum pula, sekali lagi ketua kelas bagi pada saya edaran kertas tu.. Dia tanya kenapa saya tak letak nama saya? Heheheheheeh,....
alhamdulillah.. Hari ini 7 Syawal. Masing-masing mungkin sudah kembali menjalankan tugas.. Mana yang bekerja teruskan pekerjaan, mana yang belajar sudah mula ke kelas.. Minggu ni juga merupakan peperiksaan percubaan bagi adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Semoga berjaya saya ucapkan..

Saya? Macam orang lain juga. Kembali meneruskan sisa pengajian semester ni. Ada lebih kurang 2 minggu kuliah lagi sebelum peperiksaan akhir. Namun, beban tugasan tetap tak hilang. Ada lebih kurang 4 tugasan lagi yang perlu saya lunaskan..

Hari Raya tahun ni lebih menyeronokkan barangkali.. Masa saya lebih banyak bersama keluarga.. Duit raya? hmmm.. Saya masih dapat lagi.. Sakit hati la adik saya yang seorang ni, dia baru sahaja mendapat pekerjaan. Jadi dia da keluar daripada senarai anak saudara yang layak menerima duit raya.. Jangan marah Nor.. Hehehehe.

Saya berharap sekitar 2 minggu ni, saya dapat lalui dengan hati yang tenang tanpa sebarang masalah. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan yang sempurna dan tetapkanlah iman ku ini...

Saturday, October 4, 2008

Sekejap nya rasa Syawal tahun ini..

Wednesday, October 1, 2008

Aidilfitri menjelma..


Alhamdulillah, sebulan kita mengharungi dugaan berpuasa. Berbagai cabaran yang saya lalui.. Mungkin agak mencabar minda saya untuk berfikir secara waras seputar yang berlaku di sekeliling diri saya..

Hari ini, kita umat Islam meraikankannya dengan penuh kesyukuran.. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.. Raikanlah lebaran 1429H ini dengan sederhana, ada insan lain yang mengharapkan sinar dalam hidup mereka...

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H. Dengan tangan yang terbuka luas, saya memohon maaf kepada semua insan yang mengenali diri saya... Saya terkadang tidak sedar ada perlakuan saya yang kurang menyenangkan sesetengah pihak.. Namun, saya hanya insan biasa, x lepas daripada kesilapan..

Harap2, apa yang kita lalui sebelum ini menjadikan kita insan yang lebih matang, sabar dan waras dalam apa jua pelakuan..