Saturday, August 30, 2008

caca marba

Hari ini sudah 2 hari saya di Johor.. Peluang yang ada untuk keluarga adalah saat yang paling menggembirakan.. Oh ya, sekita isu semasa pada hari ini.. Bajet 2008.. Wah! Banyak sungguh kelebihan dan pastinya dapat memuaskan hati semua rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.. Cuma agak tidak enak didengar perkataan Bajet itu sendiri.. Dulu dipanggil Belanjawan Negara... Tiba-tiba ditukar pada perkataan Bajet.. Dalam Bahasa Inggeris Budget. Hmm.. Lagi indah rasanya kalau kita sebut Belanjawan.. Baru lah dikatakan memperkayakan bahasa kebangsaan... Lupakan sebentar hal Bajet.. Wah.. Kita di ambang kemerdekaan.. Apalah ertinya kemerdekaan pada hari ini? Adakah kita betul-betul merdeka.. Saya hanya berada di rumah sahaja.. Tidak ke mana-mana..

Berkenaan diri sendri pula, saya mula rasa selesa kembali dengan diri saya sendiri selepas beberapa masalah timbul.. Pada saya, let bygone be bygone.. Saya tidak peduli da apa yang berlaku.. Saya pun tidak akan melayan perkara-perkara remeh yang boleh menggugat keharmonian diri saya sendiri.. Tapi kadang-kadang hati jadi marah apabila ada orang mula nak menceroboh, merobek hati saya dengan kasar sekali.. Saya kadang-kadang nampak tidak kisah orangnya.. Orang sekeliling kata mengatakan saya ni seorang yang ringkas, tidak mudah nak cepat melenting.. Tapi, tidak semua saya dapat tanggung..

Alhamdulillah, Allah masih beri cara secebis hati dan akal untuk saya fikir, renung sedalam-dalamnya erti kehidupan.. Mungkin Allah mak menguji hamba-Nya supaya saya tidak alpa kepada Pencipta.. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini.. Semoga aku menjadi insan yang tabah dan kental jiwa. OKtober ini genap 23 tahun saya diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah..

Thursday, August 28, 2008

menunggu lagi..

Agaknya memang Allah nak uji sejauh mana tahap kesabaran saya.. Saya ni orangnya tidak berapa sabar bila menunggu orang.. Di lain situasi berikutan entri sebelum ni, nak ke kelas pun saya selalu menunggu 2 orang sahabat baik saya.. Fuh... Memangla x lama mana. Kadang2 10minit je menunggu.. Tapi saya jadi bosan bila menunggu. Pada saya tidak kirala 10minit, ataupun 10jam...

Kalau da berjanji 9.50pg saya mungkin turun 9.45pagi atau awal seminit dari 9.50pg.. Saya selalu beranggapan mungkin mereka da siap dan sudah menunggu saya.. Hmmm... Tapi kadang2 saya juga lewat juga.. hehehehehe




What NURDALILATI Means



N is for Nerdy



U is for Unique



R is for Responsible



D is for Dashing



A is for Animated



L is for Lively



I is for Innocent



L is for Loving



A is for Ambitious



T is for Twisted



I is for Intense


hmm...

Semalam, saya jadi pengunjung Mid Valley.. ada beberapa tujuan.
1. Cari buku untuk buat mengajar
2. Cari CD Paloh K.Rai yang da hilang tah ke mana.. (Lepas ni, saya x akan bagi kat orang lain untuk pulangkan barang. Saya akan pulangkan sendiri kepada tuannya, waima dia kena tunggu saya sampai setahun)
3. Beli sedikit buah tangan untuk keluarga

Perkara ke-2 saja yang tidak dijumpai... Adui.. Letih saya cari 1 Mid Valley.. Sebelum tu, saya da cari di Jusco Balakong, Jusco Equiene, The Mall.. Mungkin lepas ni saya kena cari di sekitar Bukit Bintang kot..

Saya bersendirian di Mid Valley.. Maklum la.. Hari bekerja.. Mana-mana kawan yang masih belajar, mereka mempunyai kuliah.. sedangkan kuliah saya sehingga 10pg sahaja semalam.. Mana yang telah bekerja, mereka masih di waktu pejabat,.. Jadi, x nak menyusahkan sesiapa, saya pun gerak la sendiri... dari UPM, saya bersama ira n zul.. Namun kami berpecah di perhentian bas. X apa la.. X nak mengganggu mereka. Mungkin mereka ada agenda tersendiri.. Lama juga di MPH.. Mencari buku, membaca buku, dan sebagainya.. Hasilnya, saya membeli 2 buah buku..

Saya SMS rakan baik saya dari Johor.. Kebetulan dia baru sahaja selesai temuduga di KL. Barangkali boleh keteme dengan dia.. Ok.. Dia maklumkan di Wangsa Maju hujan turun dengan lebatnya.. Tunggu reda katanya.. saya bersabar.. Selesai urusan saya, saya mesej semula kepadanya.. Hampir reda katanya.. Dia bertanya di mana lokasi saya.. Mid Valley la.. Dia minta saya tunggu sekejap kerana menantikan seorang kawannya.. Ok.. Saya baru berangan-angan nak menonton wayang.. Tapi takut pula dia sampai ketika saya masih dalam panggung. Jadi, saya lupakan lagi nak tengok wayang.. Dari Zohor ke Asar x muncul2 tiba.. Saya mesej lagi jam 7mlm, dia kata baru nak keluar.. Oh.. Betul la pada andaian saya dia jangkakan mungkin lepas Megrib baru sampai.. Tarik nafas panjang saya.. Lega la sikit.. Lama sangat da saya tunggu... Tapi jarum jam menghampiri 8mlm, pun x kunjung tibe.. Mula la saya naik angin satu badan.. Sebab saya memang x suka menunggu.. Sms lagi sekali.. Mula la ayat dalam sms tu bunyi agak panas2 telinga sikit.. Dia suruh saya bersabar... Akhirnya 9.15mlm, komuter yang dinaiki nya baru tiba di MidValley.. Saya naik komuter tersebut.. Saya katakan tak perlulah janji selepas Magrib.. Baik janji selepas Isya'... Hmmmm... Kadang2 perkara macam ni yang buatkan saya hilang sabar.. Tapi kadang2 juga perkara seperti mengajar saya untuk faham masalah orang di sekeliling saya....

Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan yang Bakal Menjelma..

Ku merindui kedatangannya..

al-Fatihah..

Semalam, saya menerima sms daripada sahabat sekolah lama saya.. Ibunya baru kembali ke Rahmatullah.. Dunia yang abadi.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Semoga Allah mengampunkan dosa beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Amin...

apalah ertinya persahabatan...

apalah ertinya bersahabat kalau masing2 tak pernah jujur... kita cuba yang terbaik dalam menjalinkan satu2 hubungan persahabatan, tapi kadang2 ia jadi x seronok bila ada sesuatu perkara yang mengganggun kita.. kita kadang2 cukup menjaga hati sahabat kita, sampai kadang2 kita tak sedar kita dah melukai hati kita sendiri..
kita kadang2 terlalu susah nak katakan 'tidak' pada sahabat kita, sedangkan kita x merelakan perkara tu berlaku..
kita kadang2 cuba bohong diri kita sendiri tanpa kita sedar sahabat kita x pernah menghargai diri kita sendiri...
kadang2 sahabat x faham apa yang kita mahukan.. kenapa dia suka nak bersaing dengan kita sedangkan dia tahu bahawakan kita perlukan perkara yang sama? kadang2 ia nya milik kita sebelum kedatangan dia..

sekadar renungan, bukan ditujukan kepada sesiapa.. banyak yang saya belajar sekitar 2 minggu ni.. semuanya mengajar saya erti kedewasaan..

di samping ilmu akademik yang saya pelajari di universiti, ilmu sampingan seperti ini banyak membantu dalam proses kematangan diri kita...

x sabar tunggu

x sabar rasanya nak tunggu lagi dua hari... nak balik ke kampung halaman.. sempena cuti merdeka kan.... lagi pun da lama saya x pulang ke kampung.



balik pun x la lama pun.. tapi sempat la juga untuk saya berbuka bersama keluarga. namun, abang sulung saya tidak dapat menyertai bersama saya sekeluarga untuk berbuka bersama.. kepada abang.. berhati-hati sepanjang perjalanan ke Terengganu.. kepada anak buah kesayangan, Irfan.. jangan nakal2..

Insya-Allah, tahun depan saya bakal mendapat seorang lagi anak buah.. K.Sheila, jaga baby dalam perut tu baik-baik..

terseliuh...

Semalam merupakan hari yang agak meletihkan.. kelas bermula 8pagi sehingga 6 ptg.. Malamnya, apa lagi la yang bole dibuat melainkan tido semata-mata..
petang tu saya ada kelas amali bola jaring.. aduh.. letihnya.... pada sesi latihan itu lah, saya tersilap langkah. tidak dapat menduga bola akan 'datang' ke arah saya.. lalu saya memang tidak sempat menyediakan diri untuk menangkap bola tersebut.. nah!! apa lagi.. ibu jari sakit ketika ini.. mungkin terseliuh sikit kot.. tapi x apalah. itu semua proses pembelajaran.. paling kurang pun, kita sedar bahawa kita mestilah sedia dan berwaspada dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang menunggu kita.. jangan asyik berkhayal.. hehehehehe

Sistem yang tak teratur..

Hari ni sekali lagi ke PWTC untuk menguruskan urusan mengambil gambar konvokesyen kakak Fini.. Aduh!!! Amat tidak teratu sekali....
Dekat sejam setengah saya dan Fini beratur... Kononya biarla dua orang yang beratur, andaian nya biar la senang dan cepat...
Tapi, yang buat saya naik darah bila saya beratur dengan barisan yang betul ada pula yang memotong barisan.. Kalau budak-budak sekolah tak mengapa lah juga... Ini semuanya usia da menjejak suku abad, malahan ada yang da nak menjenguk ke separuh abad.. Walhal masing2 baru saja lepas menerima sijil tauliah pengijazahan mereka.. Cikgu pula tu.. Segan pula saya...
Si Syarikat Penggambaran pula tak abis2 menyuruh kami beratur.. Sampaikan saya tiba2 da termasuk dalam barisan yang lain.. Cheh! Orang semakin ramai, makin x sabar2, mungkin menjelang tengahari perut da mula lapar..
Sistem yang teratur dikatakan bila Syarikat Penggambaran tidak mengkalsifikasikan nombor ambilan gamabr tersebut.. Cuba mereka buat notis 0-100, ambil gambar di Bahagian A. 101-200 di Bahagian B.. Begitulah seterusnya.. Ni semua beratur samapai da jadi 30 lapis... Lepas tu mula nak cari gambar yang da berterabur... Subhanallah.. Macam mana la mereka dapat job nie..
Bukan saya saja yang mula merungut... Semua di situ merungut.. Suasana mula hingar-bingar macam di pasar malam..
Lepas ni, tolong la fikir satu cadangan untuk mengelakkan kejadian yang sama di masa depan..

peneman sejati kot...

Hari ni 23 Ogos 2008 bersamaan dengan 21 Syaaban 1429H, saya menemani salah seorang teman baik saya untuk ke majls konvokesyen OUM di PWTC.. Tahniah kepada Kak Ngah.. Wah.. kiranya saya ni sahabat sejati la ye.. hehehehe.. 22 Ogos 2008 saya menemani Fini kt Puduraya untuk mengambil kakaknya.. Sepanjang perjalanan, Allah menguji kesabaran saya... 6.00ptg dari Serdang,9.15malam baru saya nampak papan tanda Hentian Puduraya.. Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang teruk.. Dari awal perjalanan lagi.. Info daripada stesen radio mengatakan bahawa di sebahagian tempat di KL dilanda banjir kilat.. Pada waktu itu, saya bayangkan bagaimana semua org dari tempat kerja berpusu2 balik ke rumah masing2. Anak2 sudah menunggu... Namun, si ayah dan si ibu masih terperangkap dalam kesesakan.. Kalau sehari dua, tak mengapa la juga.. Tapi, kalau da hari2 mcm ni.. Fuh... Saya pun yang baru sekali mengalaminya mula goyah tahap kesabaran..

Pagi2 ni pula, jadi peneman Fini. Kesian pula kepadanya.. Tak apalah.. Saya ikhlas.. Lagipun saya tidak mempunyai sebarang program pada hari ini.. Boleh la juga melupakan sejenak segala masalah yang bersarang dalam benak fikiran saya, lupakan sebentar pasal tugasan2 di kolej dan sebagainya...

Kepada K.ngah.. Tahniah sekali lagi...

Apa yang ada dengan anugerah..

Malam ni juga saya merupakan salah seorang penerima anugerah pada Malam Anugerah Kepujian Pengetua Kolej Keenam, UPM.. Mungkin atas usaha saya untuk dapat keputusan yang agak baik sedikit.. Namun, masih tidak dapat mencapai target yang saya sasarkan..
Apa2 pun, saya masih bersyukur kepada-Nya yang memberi saya kekuatan untuk terus menimba ilmu...

Dia juga la yang meminjamkan mata, telinga dan hati supaya saya dapat terus melalui kehidupan pelajar dengan penuh kesabaran.. Amin...

Seminar Isu-isu Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu

Hari ini 22 Ogos 2008 di Dewan Sri Pulasan K6 telah diadakan Seminar Isu-isu Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu "Karya Popular Dalam Perkembangan Pendidikan Kesusasteraan Melayu"...

Maaf sangat2 kepada penganjur iaitu adik2 semester 5 Bac Pendidikan PBMP... Sebenarnya saya betul2 terlupa.. Lupa untuk set dalam reminder handphone saya.. Seusai je solat subuh, rasa mengantuk lantas terus tertidur..

Apa2 pun, saya masih sempat mengahadiri juga walaupun pembentang pertama baru sahaja membentangkan suku daripada kertas kerja beliau.. Sekalung tahiniah kepada semua adik2 PBMP dan kepada Zulfazlan selaku pengarah...

tahniah kerana mengetengah satu topik yang agak seronok untuk dibincangkan.. Insya-Allah apa yang kita lakukan mendapat keberkatan-Nya. Amin..

Kepada adik2 dari UPSI juga, selamat datang.. Alhamdulillah, bertambah kenalan untuk berkongsi pelbagai idea dan pendapat.. tak lah kita dikatakan hanya bergaul dengan 'orang kampung' sendiri aje.. hehehehehehe

study...

lari sikit dari topik2 entri terdahulu... seminggu lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan...
genapnya merdeka, bermakna genap 2 bulan saya da tak pulang ke johor.. selama 4 tahun di upm, rasenya ni la kali pertama setelah sekian lama x balik ke johor. selalunya tiap 2 minggu pasti saya menjenguk ke kampung halaman..

assignment nak di hantar di samping ujian yang bertalu2.. tapi x apa, tu semua rencah dalam menggelarkan diri seorang pelajar

sekadar bercerita..

saya rasa entri saya dari awal hingga yang ini, semuanya bertitik tolak daripada topik persahabatan dan erti kesetiaan..

kadang2 kita terlalu menjaga hati kawan kita sampaikan kita x sedar kita da mula menyakiti hati kita... kadang2 kita berpura-pura dengan kawan kita sampaikan kita x sedar yang kita telah menipu diri kita sendiri.. kadang2 kita sanggup berbuat sesuatu demi kawan kita, tanpa kita sedar perkara yang kita buat menyebabkan diri kita terluka.. kadang2 kawan kita x ambil peduli tentang perasaan kita sedangkan kita terpaksa menjadi pelakon terhebat untuk menyembunyikan apa yang kita rasa..

kenapa kita x punya rasa yang sama.... perlu ke kita berpura2 sehingga satu tahap kita terasa amat kecewa dengan diri kita sendiri.. kalau kawan kita da mula kenal kita, semestinya dia mesti tahu apa yang kita rasakan.. mereka pasti sudah merisik hal kita dengan orang sekeliling.. jado.. mengapa masih nak menyakiti hati kita.. kalau ye pun benar, x perlu nak canang kan satu dunia...

ntah la.. saya x berani nak kata banyak.. sebab saya tak tahu apa yang terjadi di masa depan. cuma cukup saya katakan saya agak terluka tika ini.. harap2 semuanya cepat berlalu

cak..

moge2 hari ni bawa keceriaan yang da mula hilang dalam hidup saya.. saya agak bingung pada waktu ni..







ada perkara yang mengganggu fikiran saya.. tapi... biarlah...

tak tau...

lanjutan entri terdahulu, saya agak terkesan untuk menceritakan tentang finishing school pada 16 dan 17 Ogos lalu di Fakulti Pengajian Pendidikan di samping beberapa kejadian kecil yang terjadi ke atas diri saya..

pada Finishing School lalu, fasilitator yang mengendlikan kumpulan saya merupakan seorang Prof Madya.. Beliau sangat peramah... kadang2 dia membahasakan diri sebagai Mama Sab.. caring nya dia...

Agak menyentuh perasaan bila dia tanyakan status hubungan saya pada sesi ice-breaking.. hampir sepuluh orang yang telah ditanya, saya orang kedua yang menjawab "still single".. beliau agak terkejut dengan penyataan saya.. namun, itulah hakikatnya.. Beliau tidak percaya sampai dia berkata "wah! atiey... the men around you are blind!!!".. tersentak juga.. kenapa ye? bukanlah saya ni cantik sangat pun.. malah tembam pulak tu... tanyalah pada rakan coursemate lelaki seperti kazzam, joko n lain2 masing2 suka mengusik saya.. namun, tidak berbekas langsung di hati saya.. gurauan dari rakan2 kadang2 membuatkan kita tersenyum sendirian..

namun, itulah hakikatnya... selepas Mama Sab bertanya, pada sesi kudapan pagi, maka berlanjutlah pertanyaan ini daripada rakan2 sekumpulan saya.. mengapa? bila? dan mcm2 lagi la yang agak terusik di hati.. namun, saya hanya tersenyum pahit..

bila saya menceritakan kepada dua orang rakan rapat saya, rupa2nya da ada yang merisikkan hal saya kepada mereka.. mereka bertanya mengapa saya masih bersendirian? mereka kata saya ni maintainance tinggi (bukan nak angkat bakul sendiri)... mungkin pandangan peribadi mereka... ada pula kata saya ni saya terlalu memilih... bukankah kita memang diberi hak mutlak untuk memilih yang terbaik untuk diri kita? salahkah saya begitu...

namun, persoalan2 tersebut tidak begiotu mengganggu perasaan saya.. doa2kanlah saya ya... saya seperti kalian jua... punya hati dan perasaan.. lagipun kita muda lagi.. hehehehehe..

yang membuatkan saya tersentuh pada 17ogos.... ada 2 kejadian yang begitu membuatkan saya marah!!!!!
orang yang mula nak mendekati saya tiba2 buat pasal.... kononnya tidak mahu diganggu.. dia minta saya beri masa kepada beliau.. mcm la saya ni mintak dia belikan saya rumah rm3 juta? mcm lah saya ni mintak dia belikan sebiji kereta? walhal satu benda pun saya x pernah minta dari dia walaupun nak berjumpa walhal kami da dekat 3 bulan tak bertemu.. kalau kita nak kan seseorang... berusahalah sikit... nah! sekarang.. saya beri sebanyak masa kepada beliau.. fikirkanlah.. saya tidak memaksa.. tapi saat saya da mula nak menerima.. bila mcm ni dia buat kat saya... maaflah.. saya jadi tawar hati... saya bukanlah orang nya yang boleh ditolak ke sana, di tolak ke sini... saya punya harga diri....

perkara kedua saya berasa sangat kecik hati dengan orang yang paling rapat dengan saya.. perkara ni pernah saya ceritakan pada k.rai cuti 2 bulan lalu... dia tak bersalah... mungkin keadaan yang buat saya rasa sangat kecewa pada nye.. maafkan saya... kalau x kerana perkara malam tu terjadi, saya mungkin x begini... pada yang berkenaan, saya da cukup menjaga hati awak... tapi.. kenapa masih nak tunjukkan pada saya benda yang tak patut saya tau?

disebabkan beberapa perkara yang remeh ni... fikiran saya agak terganggu.. walaupun agak remeh, tapi kadang2 sakit juga hati ni bila memikirkannya...

Selaut Manusia.. hehehe

MAHA 2008... 2 kali da menjenguk ke sana.. kali pertama parking rm5.. agak mahal la bagi seorang student.. kali kedua kami pergi parking di luar.. walaupun free, tapi sangat jauh untuk ke Hall...










terlupa, rupa2nya cuti sekolah... ramai lah ibu bapa bawa anak2 ke MAHA..

banyak input yang kita boleh perolehi.. saya sendiri cuba mencari peluang perniagaan.. untuk memantapkan diri.. sampai bile kita nak harapkan orang lain.. teringin berdiri di atas tapak kaki sendiri.. tapi usia masih muda.... hehehehe... doakan lah semoga impian saya cepat jadi kenyataan..

Bila Terlalu Jaga Hati Orang

kadang2 kita tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada diri kita sendiri.. seringkali kita memikirkan orang di sekeliling kita.... hingga tanpa kita sedar, kita telah melukai diri kita sendiri..

seminggu dua ni, diri agak bercelaru... memikirkan apa, siapa, kenapa dan bagaimana keadaan ni terjadi...

Bila Terlalu Jaga Hati Orang

kadang2 kita tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada diri kita sendiri.. seringkali kita memikirkan orang di sekeliling kita.... hingga tanpa kita sedar, kita telah melukai diri kita sendiri..

seminggu dua ni, diri agak bercelaru... memikirkan apa, siapa, kenapa dan bagaimana keadaan ni terjadi...

1st try...

New Blog... New Inspiration.. Everything is New.. leave your comment..