Friday, December 26, 2008

Sahabatku..

Saya rasa terlalu rindu dengan blog ini. Mungkin sebab itu saya banayk sedikit menceceh. Menulis tah apa2 yang saya rasa perlu.. Hehehehe.

Sahabat... Maafkan saya..
beginilah. Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada suatu dugaan dan juga masalah. Cuma kita sebagai manusia yang bertamadun, pasti mempunyai cara dan akal kita yang rasional pasti boleh mengaplikasi masalah kita mengikut apa yang telah kita cuba corakkan dalam fikiran kita. bangunlah dan cubalah matang dalam menangani sesuatu. Sesungguhnya kita tidak akan nampak bodoh kalau kita kalah di pertarungan sekiranya kita telah cukup senjatanya walaupun musuh yang berada di depan lebih handal. cuma mungkin kita kalah kerana ketentuan-Nya. Kita akan dianggap menang sekiranya kita tahu menilai sesuatu masalah itu dengan akal fikir kita yang rasional, matang, dan tidak terlalu mengikut kata hati. Ituyang saya cuba belajar pada waktu ini. Saya percaya satu hari nanti saya akan dapat jawapan terhadap segala persoalan yang bergelodak dalam jiwa saya.

Saya juga diajar supaya erterus terang walaupun iaynya sangat menyakitkan. Saya tidak reti untuk terus membisu, namun kadang2 kita terpaksa berbuat demikian. Entahlah..

Lumrah roda yang terus berputar tanpa henti melainkan kita lah yang memberhentikan kayuhannya. Begitulah juga dengan hukum alam. KIta tidak selamanya berada di kemuncak, kadang-kadang kita juga akan tergelincir atau jauh ke bawah. kita harus terima keadaan ini. Selagi nafas ini mendesah, selagi nadi ini terus berdenyut, itulah yang harus kita lalui.

Kepada kawan2ku, saya memohon maaf lah sekiranya ada lah perbuatan dan tingkah laku, tingkah bicara saya mengguris hati kawan2. sesungguhnya, saya rasa yang saya da cuba yang terbaik untuk satu perhubungan yang murni. saya snagatsayangkan kawan2 saya.

Cuma saya memang tidak boleh terima hakikat bile kawan menipu saya secara terang-terangan. MUngkin tidak menyedari bahawa saya sudah mula bau-bau pembohongannya, tapi percayalah saya tidak perlu semua itu. Saya akan tunggu sampai bile akan berakhirnya permainan kita ini. Saya juga percaya yang kamu mula rasa goyah dan mula tercari2 di mana erti persahabatan kita. Cuma saya minta, nilaikanlah semula apalah ertinya sebuah hubungan kalau kita tak cuba nak menyenangkan hati kawan kita. Saya tidak pernah meminta apa2 pun, saya cuba harapkan semoga kamu cuba fikir2kanlah di mana saya dalam mata kamu dan dalam diri kamu. Adakah saya cuma singgahan bila kamu memerlukan pertolongan dari saya? Tah,tapi itu yang saya rasa. Bersyukur saya kerana peluang 4 tahun di universiti cuba menjadikan saya seorang yang cuba matang dalam berfikir. Saya juga bersyukur kerana saya berpeluang untuk mempelajari sedikit sebanyak ilmu drama dan teater. Dari situ saya dapat kenal diri saya dengan lebih jujur. Kelas drama sangat banyak membantu saya..

Cukuplah dulu. Insya-Allah saya akan terus menulis sekiranya diberikan kesempatan dan waktu serta ruang. Doakan saya. Namun, coretan ini sekadar bisikan hati syaa. Lebih selesa bercerita dengan menaip sebegini. JAdi, tak perlu nak memikirkan hati sesiapa sahaja. Tidak juga mengharapkan orang lain sebagai simpati. Ini hanyalah blog peribadi. Tiada yang menarik dan tiada yang terlalu istimewa. Terima kasih banyak kawan2.

omongan kosong

saya akan meneruskan perjuangan saya di medan ilmu. kiranya lebih kurang dalam 2 bulan lebih sebelum saya menjalani praktikum.. Ya Allah, berikanlah hamba-Mu kekuatan untuk menghadapi dugaan yang mendatang.. sesungguhnya, perjuangan itu tidak pernah selesai selagi nadiku berdenyut.

Insya-Allah saya akan melupakan segala yang berlaku sekitar waktu senggang ini. Bangun dan cuba berfikir secara matang siapa kita, di mana kita, kenapa kita dan seterusnya apakah tujuan kita sebenarnya?

Selagi nafas menghela, selag bumi berputar, saya percaya pada diri saya bahawa saya lah yang bakal merubah diri saya sendiri. tidak ada orang lain. it yang saya pasti. Saya juga pasti suatu hari nanti saya akan ketahui juga lumrah alam ini. saya cuba mula memahami lurah hidup ini..

Tuesday, December 9, 2008

Agak lama saya tidak menulis. Macam2 cerita ingin dicoretkan.. Sampai tak tahu nak mulakan dari mana. Cuma yang saya tau sekarang nie.. saya BENCI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan mula MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 26, 2008

lama sangat rasanya saya tidak menjenguk blog tempat saya berkongsi rasa ni. nak kata tidak berkesempatan, mungkin juga. tapi entahlah, kekangan yang bagaimana? nak dikatakan tidak cukup masa, tidak juga. Mungkin saya berada di kawasan lain yang menyebabkan saya tidak dapat menjengah ke laman blog saya ni.

Jujurnya, saya mulai sunyi kalau tidak meluahkan apa yang saya rasa dalam blog ini. namun, pada ketika ini juga, saya tidak dapat menghabiskan begitu banyak masa untuk blog ni. Mungkin atas tuntutan hal-hal lain yang mesti diutamakan..

Insya-Allah, dalam minggu depan, mungkin saya berkesempatan untuk mencoret susuatu yang lebih panjang.. Mungkin...

Tuesday, November 11, 2008

rasa rindu yang amat bila da terlalu lame tidak menghabiskan masa di dalam blog ni.. x sempat nak mencoretkan segala kejadian yang berlaku sekeliling saya.. 6hb saya da berjaya melepasi satu tahap berbahaya dalam hidup.. iaitu peperiksaan akhir.. auh.. payah juga soalan2 tu.. banyak yang berlaku sekitar seminggu dua ni, tapi saya x berkesempatan untuk memperincikan satu2 dengan lebih mendalam...

1. saya penuhi cuti hujung minggu dengan keluar bersama seorang 'kakak' saya..
2. saya berkecil hati sebenarnya dengan 3 orang yang dekat dengan diri saya

Thursday, October 23, 2008

peperiksaan.. oh peperiksaan

24hb, 29hb Oktober, 1hb, 6hb November merupakan detik getir dalam hidup saya kerana bakal bergelut dengan peperiksaan akhir.. Doa2kanlah saya semoga dapat menjawa soalan dengan tenang.. Semoga yang menanda soalan saya ni lembut hati tika membaca jawapan saya.. Insya-Allah saya cuba sedaya upaya untuk bersungguh-sungguh.. kan kalau kita nak kan sesuatu kita mesti usaha dengan keras. tidak semua dah tersedia di depan mata. Kena lah bijak sikit untuk tentukan arah tujuan hidup kita.. Benda yang penting dan serius janganlah pula diketepikan.. x akan datang bergolek perkara yang kita mahu.. Semoga berjaya..... Untuk diri saya sendiri, Atiey... Cuba dan terus mencuba..... Yakinlah awak mampu untuk melakukannya.. Insya-Allah..

Sunday, October 19, 2008

kopi dan teh tarik...

hmm.. Sekadar borak-borak kosong.. Dengan secawam kopi dan dua keping roti bakar, agaknya isu apa yang seronok hendak diperkatakan ye? Sebenarnya banyak isu yang boleh kita utarakan...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perkara berkaitan diri saya.. Memang blog ni utk saya mencatatkan segala perjalanan hidup saya yang rasanya x perlu diceritakan kepada orang lain... lagi pula blog ni dibuat kerana hal yang mula-mula terjadi dalam diri saya sekitar 2009 ni.

Kalau teh tu tawar, boleh la kita tambah gula.. tapi kalau hati kita da menjadi tawar, nak tmabah apa ye nak kembalikan semuanya kembali seperti sediakala? begitulah yang terjadi.. saya tak pernah jadikan isu ini sebagai isu yang boleh menyebabkan saya sakit jiwa atau sampai nak pecah kepala.. Langung x mengganggu aktiviti harian saya.. Ada lagi yang lebih penting.. Peperiksaan akhir saya kali ni saya da berjanji dengan semangat yang ada untuk capai ke tahap yang saya x pernah capai lagi sepanjang 6 semester di UPM.

Namun, sekadar omong-omong kosong... Teman saya sorang ni.. Cuba la nak merapati saya.. TApi x pandai nak bertindak. Dalam erti kata lain, x reti la nak tackle hati pompuan... Macam saya katakan dulu.. Kalau kita nak kepada sesuatu kita cubalah untuk dapatkannya.. X kan jadi kalau hanya tunggu dan ikut rentak sendiri saja.. Teman saya sorang ni, biarkan saya terkontang kanting.. KAdang-kadang x pernah nak faham saya. sya pun mula-mula boleh la bersabar... TUnggu dan tunggu.. Bukanlah saya harap hari-hari dia ngadap saya, laporkan seluruh kejadian dalam hidup dia.. Ataupun x ada keje lain dok ngekor saya je.. Tapi sungguh!!! Memang dia x reti lah nak cuba ambil hati saya...

Sampai satu tahap, saya da mula bosan.. X kan saya nak ikut rentak dia saja.. KAdang-kadang saya fikir.. Agaknya kalau aku mati, dia pun x tau.. Saya mula la menjauhkan diri darinya.. Cuba untuk cari jarak pemisah.. Biar la masing-masing cuba kenal diri masing-masing terlebih dahulu.. Akhirnya rasa selesa lak.. Seronok la, hati x sakit.. Tapi dia mula la memujuk saya.. Takut dia saya buat tak tau je ngan dia... Hahahahaha

Sapa nak tolong jawab...

Friday, October 17, 2008

open house... open house..

wah wah wah.. raya tinggal lagi 2 minggu je.. tapi pada hujung2 waktu begini la kite sering mendapat undangan jamuan hari raya.. malam ni saja sebenarnya saya mendapat satu jemputan untuk menghadiri jamuan hari raya kolej.. tapi saya tak pergi.. sebab saya ke segambut.. esok pagi dan malam saya ada jamuan hari raya di segambut.. Fuh.. mesti kenyang perut ni kan...

Wednesday, October 15, 2008

Semoga Allah memanjangkan umur ku..

Alhamdulillah, semalam genap la 23 tahun umur saya.. Ya Allah, aku memanjatkan kesyukuran kerana aku dapat bernafas kembali di bumi mu ini.. Aku mohon semoga Kau panjangkan umur ku, murahkan rezekiku, dan tetapkan imanku. Saya berharap dalam usia yang semakin mendewasakan ini boleh mengajar saya erti kehidupan dengan lebih bermakna..

Saya tidak menyambutnya di mana-mana pun. Seminggu ni saya agak sibuk sikit. urusan peribadi konon2nya.. Hehehehe. Saja je menyibukkan diri. Tapi saya dapat angpau+duit raya.. Terima kasih Sonia dan sesiapa saja yang ada di sekeliling saya pada waktu tu..

Jujurnya, saya amat gembira sekali malam tu.. Walaupun menyambutnya dengan beli kek guna duit sendiri, tapi dengan teman rapat saya ni menyambut hari lahir saya, saya rasa terharu..

Apa permintaan saya saat memotong kek????... Hmmm.. Biarlah hanya saya saja yang simpan.. Hehehehe

Anyway, terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan.. Tak kira la Nurdalilati ke, Atiey ke, Tatiey ke, T ke dan Sherry Lily ke.. Ianya hanya merujuk kepada seorang saja.. Iaitu saya!!!!!!!!!!!!!!

HAppy birthday to me....

Tuesday, October 7, 2008

Hmm. Ada sedikit yang mencuit hati saya.. Kelakar jugak.. Tadi semasa kelas pengujian penilaian, ketua kelas saya umumkan akan satu edaran kertas untuk sesiapa yang sudah berkahwin atau yang bakal berkahwin.. Isikan nama dalam kertas itu.. Mungkin untuk rundingan penempatan mengajar nanti.. Agaknya biar boleh dekat dengan suami kot... Saya saja je nak mendengki kawan-kawan.. Kebetulan saya orang pertama yang memegang kertas tersebut.. Laju saja tangan nak tulis nama saya.. Terus saja budak kelas terkejut.. Mereka kata bila bertanya, kata saya ni tidak ada teman istimewa.. Tup Tup.. Nak tulis nama tersebut.. Terus gelak saya.. Saja je saya nak mengusik rakan-rakan.. Nak tulis apa, yang nak kan kat saya pun tak ada lagi.. Heheheheh

Dalam kelas kokurikulum pula, sekali lagi ketua kelas bagi pada saya edaran kertas tu.. Dia tanya kenapa saya tak letak nama saya? Heheheheheeh,....
alhamdulillah.. Hari ini 7 Syawal. Masing-masing mungkin sudah kembali menjalankan tugas.. Mana yang bekerja teruskan pekerjaan, mana yang belajar sudah mula ke kelas.. Minggu ni juga merupakan peperiksaan percubaan bagi adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Semoga berjaya saya ucapkan..

Saya? Macam orang lain juga. Kembali meneruskan sisa pengajian semester ni. Ada lebih kurang 2 minggu kuliah lagi sebelum peperiksaan akhir. Namun, beban tugasan tetap tak hilang. Ada lebih kurang 4 tugasan lagi yang perlu saya lunaskan..

Hari Raya tahun ni lebih menyeronokkan barangkali.. Masa saya lebih banyak bersama keluarga.. Duit raya? hmmm.. Saya masih dapat lagi.. Sakit hati la adik saya yang seorang ni, dia baru sahaja mendapat pekerjaan. Jadi dia da keluar daripada senarai anak saudara yang layak menerima duit raya.. Jangan marah Nor.. Hehehehe.

Saya berharap sekitar 2 minggu ni, saya dapat lalui dengan hati yang tenang tanpa sebarang masalah. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan yang sempurna dan tetapkanlah iman ku ini...

Saturday, October 4, 2008

Sekejap nya rasa Syawal tahun ini..

Wednesday, October 1, 2008

Aidilfitri menjelma..


Alhamdulillah, sebulan kita mengharungi dugaan berpuasa. Berbagai cabaran yang saya lalui.. Mungkin agak mencabar minda saya untuk berfikir secara waras seputar yang berlaku di sekeliling diri saya..

Hari ini, kita umat Islam meraikankannya dengan penuh kesyukuran.. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.. Raikanlah lebaran 1429H ini dengan sederhana, ada insan lain yang mengharapkan sinar dalam hidup mereka...

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H. Dengan tangan yang terbuka luas, saya memohon maaf kepada semua insan yang mengenali diri saya... Saya terkadang tidak sedar ada perlakuan saya yang kurang menyenangkan sesetengah pihak.. Namun, saya hanya insan biasa, x lepas daripada kesilapan..

Harap2, apa yang kita lalui sebelum ini menjadikan kita insan yang lebih matang, sabar dan waras dalam apa jua pelakuan..

Sunday, September 28, 2008

hmmm.. Alhamdulillah, hari ini sudah 28 Ramadhan. Insya-Allah dua hari lagi Syawal tiba.. Entah dapat atau tidak lagi saya merasakan nikmat Ramadhan pada tahun hadapan..

Ya Rabbi, panjangkanlah umurku.. Aku ingin merasai lagi Ramadhan ini..

Friday, September 26, 2008

Kembali sedia kala..

hmm.. saya rasa seperti melepaskan satu beban yang sudah lama bersarang dalam fikiran saya semenjak dua menjak ini..

Memang da lama rasanya saya mahu berjumpa dengan 'Kaunselor' saya.. heHEHh.. cuma x berkesempatan.. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga ceritakan semua perkara yang agak mengganggu jiwa saya belakangan ini... Hal di kolej, hal rakan-rakan sebaya, hal diri saya sendiri, dan hal-hal berupa gangguan yang cuba menggugat saya.. Saya memang selesa bercerita dengannya.. Da rasa terlalu rapat dengan teman saya yang seorang ini..

Namun, sekiranya ianya terus mengganggu dan akan menyebabkan kekacauan dalam diri saya, saya rasa saya perlu bertekad untuk melakukan satu keputusan yang mungkin akan merubah sagalanya.. Semuanya mungkin kan...

Doa2lah semoga ianya seperti sedia kala selamanya.. Hubungan sesama insan akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita lebih menghargai erti nya dahulu sebelum menelusuri lebih dalam.. Doa2 kan lah saya semoga saya menjadi insan yang sabar. Amin..

Wednesday, September 17, 2008

Kenapa ye....

Bukan lah saya tidak pernah beri dia peluang..

Monday, September 15, 2008

15 Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini insya-Allah sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa.. Cepat sungguh masa berlalu.. tak lama lagi, Syawal akan mengunjung tiba.. Lambat lagi nak tunggu Ramadhan akan datang.. Entah mungkin kita dapat merasainya lagi ataupun tidak..

Banyak juga yang membuatkan saya supaya bersabar dalam mengharungi dugaan dan segala masalah...

Bermakna dalam tempoh seminggu ini juga saya harus melunaskan semua tugasan saya.. Adui.. Banyaknya lagi yang tak terlunas... Aduh...

Minggu depan juga saya akan pulang ke kampung.. Seminggu saja pun..

Thursday, September 11, 2008

hmmm... X ada tajuk

saya rasa agak terganggu dek beberapa hal... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.... Hmm.. Mungkin hal yang lebih kurang same seperti sebelum ni.. Mula menggamit semula fikiran saya..

sekadar coretan..

Sebenarnya, blog ini sekadar coretan luahan rasa hari saya... Saya rasa sekarang saya lebih selesa untuk mencoretkan segalanya dalam blog ini.. Paling tidak pun, saya tidak akan menyesakkan telinga orang sekeliling saya dengan ketidakpuasan hati saya pada mereka yang tidak berkenaan...

Saya mengharapkan saya dapat menjalani kehidupan sekitar dua minggu ini dengan penuh kegembiraan tanpa ada sesiapa cuba merobek hati saya.. Aduh... Heheheehhehe

CacaMarba...

sudah agak lama saya tidak menjenguk blog yang saya baru cipta bulan lalu lantaran masalah peribadi yang saya lalui...

mungkin oleh sebab kekangan masa ataupun ketidaksempatan saya untuk buka blog saya ni..
Tika ini, saya agak sibuk menguruskan segala mak nenek borang praktikal n borang posting.. Harap2 Allah membantu mempermudahkan segala urusan saya..

Insya-Allah awal tahun depan saya akan menjalani praktikal di sekolah.. Ya Allah, berikanlah hamba-Mu kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab ini..

Insya-Allah juga tahun depan saya tamat belajar... Empat tahun di kampus hijau ini banyak mengajar saya pelbagai ilmu untuk mematangkan diri ini.. Percayalah, semua ini berjaya mendewasakan saya..

Alhamdulillah, hari ini 11Ramadhan. Insya-Allah 19 hari lagi kita akan menyambut Syawal.. Hari ini juga merupakan hari lahir anak buah saya yang ketiga tahun.. Irfan, Selamat Hari Lahir. Semoga Irfan menjadi kebanggaan ayah dan ibu. jangan nakal2 sangat ye syg...

Dua minggu lagi juga, Insya-Allah saya akan pulang ke Johor selama seminggu..

Namun, tugasan yang perlu saya lunaskan di sini banyak lagi tertangguh.. Adui....

Wednesday, September 3, 2008

pening lalat..

Tika ni fikiran agak serabut untuk memikirkan lokasi terbaik untuk diisi dalam borang praktikal.. Dua pilihan negeri diberi.. Melaka dan Selangor.. Hmm.. Selangor pun rasa-rasanya 3 daerah saja. Banting, Shah Alam, dan Klang. Ini berdasarkan apa yang dikatakan oleh kawan2.... Melaka pula kecil, da menjadi pilihan ramai.. Hmm.. Cadangnya nak ke Merlimau.. Hmmm.. Tah la.. Ada lagi seminggu untuk buat keputusan.. Cuma boleh pilih negeri.. Hmmm... Masa Depan ni...

Tuesday, September 2, 2008

kerinduan Ramadhan...

Alhamdulillah.. Hari ini 2 Ramadhan, saya berjaya melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim.. Moga-moga ibadah saya diterima oleh Allah S.W.T..

Puasa pertama, dapat saya berkumpul dengan ahli keluarga saya di Johor. Cuma ketiadaan abang kerana bercuti di rumah mentuanya di Terengganu.. Namun, sudah cukup meriah apabila dapat bertemu.. Insya-Allah, awal 2009 sekitar Mac saya akan mendapat seorang lagi anak saudara.. Bertambah riuh la rumah saya nanti... Irfan yang seorang tu pun da buat rumah kami 'Haru Biru'.. Hehehehe.. Maklum la, budak sedang membesar.. Pelbagai ragam yang cuba ditunjukkan..Malamnya, saya sempat ke Masjid As-Syifa Bandar Penawar untuk menunaikan ibadah tarawikh yang hanya datang sekali setahun.. Rugi rasanya kalau ketinggalan.. Semoga saya mendapat barakah-Nya..

Puasa kedua.. Saya mula menjalani kehidupan seperti biasa di kampus hijau ini.. Berbuka seadanya kerana tiada keluarga di sisi.. Namun, saya tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya.. Malamnya, saya perlu ke kelas amali kerana tiba giliran saya untuk melakukan pembentangan.. Dengan persiapan yang tidak cukup rapi, alhamdulillah, daapt juga saya melunaskan tugas ini walaupun kami berasa tidak yakin.. Tidak dapat la saya menunaikan solat tarawikh di surau kolej.. Namun, saya mengerjakannya sendirian di bilik..

Semoga Allah tetapkan iman saya.. Amin..

Saturday, August 30, 2008

caca marba

Hari ini sudah 2 hari saya di Johor.. Peluang yang ada untuk keluarga adalah saat yang paling menggembirakan.. Oh ya, sekita isu semasa pada hari ini.. Bajet 2008.. Wah! Banyak sungguh kelebihan dan pastinya dapat memuaskan hati semua rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.. Cuma agak tidak enak didengar perkataan Bajet itu sendiri.. Dulu dipanggil Belanjawan Negara... Tiba-tiba ditukar pada perkataan Bajet.. Dalam Bahasa Inggeris Budget. Hmm.. Lagi indah rasanya kalau kita sebut Belanjawan.. Baru lah dikatakan memperkayakan bahasa kebangsaan... Lupakan sebentar hal Bajet.. Wah.. Kita di ambang kemerdekaan.. Apalah ertinya kemerdekaan pada hari ini? Adakah kita betul-betul merdeka.. Saya hanya berada di rumah sahaja.. Tidak ke mana-mana..

Berkenaan diri sendri pula, saya mula rasa selesa kembali dengan diri saya sendiri selepas beberapa masalah timbul.. Pada saya, let bygone be bygone.. Saya tidak peduli da apa yang berlaku.. Saya pun tidak akan melayan perkara-perkara remeh yang boleh menggugat keharmonian diri saya sendiri.. Tapi kadang-kadang hati jadi marah apabila ada orang mula nak menceroboh, merobek hati saya dengan kasar sekali.. Saya kadang-kadang nampak tidak kisah orangnya.. Orang sekeliling kata mengatakan saya ni seorang yang ringkas, tidak mudah nak cepat melenting.. Tapi, tidak semua saya dapat tanggung..

Alhamdulillah, Allah masih beri cara secebis hati dan akal untuk saya fikir, renung sedalam-dalamnya erti kehidupan.. Mungkin Allah mak menguji hamba-Nya supaya saya tidak alpa kepada Pencipta.. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini.. Semoga aku menjadi insan yang tabah dan kental jiwa. OKtober ini genap 23 tahun saya diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah..

Thursday, August 28, 2008

menunggu lagi..

Agaknya memang Allah nak uji sejauh mana tahap kesabaran saya.. Saya ni orangnya tidak berapa sabar bila menunggu orang.. Di lain situasi berikutan entri sebelum ni, nak ke kelas pun saya selalu menunggu 2 orang sahabat baik saya.. Fuh... Memangla x lama mana. Kadang2 10minit je menunggu.. Tapi saya jadi bosan bila menunggu. Pada saya tidak kirala 10minit, ataupun 10jam...

Kalau da berjanji 9.50pg saya mungkin turun 9.45pagi atau awal seminit dari 9.50pg.. Saya selalu beranggapan mungkin mereka da siap dan sudah menunggu saya.. Hmmm... Tapi kadang2 saya juga lewat juga.. hehehehehe




What NURDALILATI Means



N is for Nerdy



U is for Unique



R is for Responsible



D is for Dashing



A is for Animated



L is for Lively



I is for Innocent



L is for Loving



A is for Ambitious



T is for Twisted



I is for Intense


hmm...

Semalam, saya jadi pengunjung Mid Valley.. ada beberapa tujuan.
1. Cari buku untuk buat mengajar
2. Cari CD Paloh K.Rai yang da hilang tah ke mana.. (Lepas ni, saya x akan bagi kat orang lain untuk pulangkan barang. Saya akan pulangkan sendiri kepada tuannya, waima dia kena tunggu saya sampai setahun)
3. Beli sedikit buah tangan untuk keluarga

Perkara ke-2 saja yang tidak dijumpai... Adui.. Letih saya cari 1 Mid Valley.. Sebelum tu, saya da cari di Jusco Balakong, Jusco Equiene, The Mall.. Mungkin lepas ni saya kena cari di sekitar Bukit Bintang kot..

Saya bersendirian di Mid Valley.. Maklum la.. Hari bekerja.. Mana-mana kawan yang masih belajar, mereka mempunyai kuliah.. sedangkan kuliah saya sehingga 10pg sahaja semalam.. Mana yang telah bekerja, mereka masih di waktu pejabat,.. Jadi, x nak menyusahkan sesiapa, saya pun gerak la sendiri... dari UPM, saya bersama ira n zul.. Namun kami berpecah di perhentian bas. X apa la.. X nak mengganggu mereka. Mungkin mereka ada agenda tersendiri.. Lama juga di MPH.. Mencari buku, membaca buku, dan sebagainya.. Hasilnya, saya membeli 2 buah buku..

Saya SMS rakan baik saya dari Johor.. Kebetulan dia baru sahaja selesai temuduga di KL. Barangkali boleh keteme dengan dia.. Ok.. Dia maklumkan di Wangsa Maju hujan turun dengan lebatnya.. Tunggu reda katanya.. saya bersabar.. Selesai urusan saya, saya mesej semula kepadanya.. Hampir reda katanya.. Dia bertanya di mana lokasi saya.. Mid Valley la.. Dia minta saya tunggu sekejap kerana menantikan seorang kawannya.. Ok.. Saya baru berangan-angan nak menonton wayang.. Tapi takut pula dia sampai ketika saya masih dalam panggung. Jadi, saya lupakan lagi nak tengok wayang.. Dari Zohor ke Asar x muncul2 tiba.. Saya mesej lagi jam 7mlm, dia kata baru nak keluar.. Oh.. Betul la pada andaian saya dia jangkakan mungkin lepas Megrib baru sampai.. Tarik nafas panjang saya.. Lega la sikit.. Lama sangat da saya tunggu... Tapi jarum jam menghampiri 8mlm, pun x kunjung tibe.. Mula la saya naik angin satu badan.. Sebab saya memang x suka menunggu.. Sms lagi sekali.. Mula la ayat dalam sms tu bunyi agak panas2 telinga sikit.. Dia suruh saya bersabar... Akhirnya 9.15mlm, komuter yang dinaiki nya baru tiba di MidValley.. Saya naik komuter tersebut.. Saya katakan tak perlulah janji selepas Magrib.. Baik janji selepas Isya'... Hmmmm... Kadang2 perkara macam ni yang buatkan saya hilang sabar.. Tapi kadang2 juga perkara seperti mengajar saya untuk faham masalah orang di sekeliling saya....

Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan yang Bakal Menjelma..

Ku merindui kedatangannya..

al-Fatihah..

Semalam, saya menerima sms daripada sahabat sekolah lama saya.. Ibunya baru kembali ke Rahmatullah.. Dunia yang abadi.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Semoga Allah mengampunkan dosa beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Amin...

apalah ertinya persahabatan...

apalah ertinya bersahabat kalau masing2 tak pernah jujur... kita cuba yang terbaik dalam menjalinkan satu2 hubungan persahabatan, tapi kadang2 ia jadi x seronok bila ada sesuatu perkara yang mengganggun kita.. kita kadang2 cukup menjaga hati sahabat kita, sampai kadang2 kita tak sedar kita dah melukai hati kita sendiri..
kita kadang2 terlalu susah nak katakan 'tidak' pada sahabat kita, sedangkan kita x merelakan perkara tu berlaku..
kita kadang2 cuba bohong diri kita sendiri tanpa kita sedar sahabat kita x pernah menghargai diri kita sendiri...
kadang2 sahabat x faham apa yang kita mahukan.. kenapa dia suka nak bersaing dengan kita sedangkan dia tahu bahawakan kita perlukan perkara yang sama? kadang2 ia nya milik kita sebelum kedatangan dia..

sekadar renungan, bukan ditujukan kepada sesiapa.. banyak yang saya belajar sekitar 2 minggu ni.. semuanya mengajar saya erti kedewasaan..

di samping ilmu akademik yang saya pelajari di universiti, ilmu sampingan seperti ini banyak membantu dalam proses kematangan diri kita...

x sabar tunggu

x sabar rasanya nak tunggu lagi dua hari... nak balik ke kampung halaman.. sempena cuti merdeka kan.... lagi pun da lama saya x pulang ke kampung.



balik pun x la lama pun.. tapi sempat la juga untuk saya berbuka bersama keluarga. namun, abang sulung saya tidak dapat menyertai bersama saya sekeluarga untuk berbuka bersama.. kepada abang.. berhati-hati sepanjang perjalanan ke Terengganu.. kepada anak buah kesayangan, Irfan.. jangan nakal2..

Insya-Allah, tahun depan saya bakal mendapat seorang lagi anak buah.. K.Sheila, jaga baby dalam perut tu baik-baik..

terseliuh...

Semalam merupakan hari yang agak meletihkan.. kelas bermula 8pagi sehingga 6 ptg.. Malamnya, apa lagi la yang bole dibuat melainkan tido semata-mata..
petang tu saya ada kelas amali bola jaring.. aduh.. letihnya.... pada sesi latihan itu lah, saya tersilap langkah. tidak dapat menduga bola akan 'datang' ke arah saya.. lalu saya memang tidak sempat menyediakan diri untuk menangkap bola tersebut.. nah!! apa lagi.. ibu jari sakit ketika ini.. mungkin terseliuh sikit kot.. tapi x apalah. itu semua proses pembelajaran.. paling kurang pun, kita sedar bahawa kita mestilah sedia dan berwaspada dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang menunggu kita.. jangan asyik berkhayal.. hehehehehe

Sistem yang tak teratur..

Hari ni sekali lagi ke PWTC untuk menguruskan urusan mengambil gambar konvokesyen kakak Fini.. Aduh!!! Amat tidak teratu sekali....
Dekat sejam setengah saya dan Fini beratur... Kononya biarla dua orang yang beratur, andaian nya biar la senang dan cepat...
Tapi, yang buat saya naik darah bila saya beratur dengan barisan yang betul ada pula yang memotong barisan.. Kalau budak-budak sekolah tak mengapa lah juga... Ini semuanya usia da menjejak suku abad, malahan ada yang da nak menjenguk ke separuh abad.. Walhal masing2 baru saja lepas menerima sijil tauliah pengijazahan mereka.. Cikgu pula tu.. Segan pula saya...
Si Syarikat Penggambaran pula tak abis2 menyuruh kami beratur.. Sampaikan saya tiba2 da termasuk dalam barisan yang lain.. Cheh! Orang semakin ramai, makin x sabar2, mungkin menjelang tengahari perut da mula lapar..
Sistem yang teratur dikatakan bila Syarikat Penggambaran tidak mengkalsifikasikan nombor ambilan gamabr tersebut.. Cuba mereka buat notis 0-100, ambil gambar di Bahagian A. 101-200 di Bahagian B.. Begitulah seterusnya.. Ni semua beratur samapai da jadi 30 lapis... Lepas tu mula nak cari gambar yang da berterabur... Subhanallah.. Macam mana la mereka dapat job nie..
Bukan saya saja yang mula merungut... Semua di situ merungut.. Suasana mula hingar-bingar macam di pasar malam..
Lepas ni, tolong la fikir satu cadangan untuk mengelakkan kejadian yang sama di masa depan..

peneman sejati kot...

Hari ni 23 Ogos 2008 bersamaan dengan 21 Syaaban 1429H, saya menemani salah seorang teman baik saya untuk ke majls konvokesyen OUM di PWTC.. Tahniah kepada Kak Ngah.. Wah.. kiranya saya ni sahabat sejati la ye.. hehehehe.. 22 Ogos 2008 saya menemani Fini kt Puduraya untuk mengambil kakaknya.. Sepanjang perjalanan, Allah menguji kesabaran saya... 6.00ptg dari Serdang,9.15malam baru saya nampak papan tanda Hentian Puduraya.. Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang teruk.. Dari awal perjalanan lagi.. Info daripada stesen radio mengatakan bahawa di sebahagian tempat di KL dilanda banjir kilat.. Pada waktu itu, saya bayangkan bagaimana semua org dari tempat kerja berpusu2 balik ke rumah masing2. Anak2 sudah menunggu... Namun, si ayah dan si ibu masih terperangkap dalam kesesakan.. Kalau sehari dua, tak mengapa la juga.. Tapi, kalau da hari2 mcm ni.. Fuh... Saya pun yang baru sekali mengalaminya mula goyah tahap kesabaran..

Pagi2 ni pula, jadi peneman Fini. Kesian pula kepadanya.. Tak apalah.. Saya ikhlas.. Lagipun saya tidak mempunyai sebarang program pada hari ini.. Boleh la juga melupakan sejenak segala masalah yang bersarang dalam benak fikiran saya, lupakan sebentar pasal tugasan2 di kolej dan sebagainya...

Kepada K.ngah.. Tahniah sekali lagi...

Apa yang ada dengan anugerah..

Malam ni juga saya merupakan salah seorang penerima anugerah pada Malam Anugerah Kepujian Pengetua Kolej Keenam, UPM.. Mungkin atas usaha saya untuk dapat keputusan yang agak baik sedikit.. Namun, masih tidak dapat mencapai target yang saya sasarkan..
Apa2 pun, saya masih bersyukur kepada-Nya yang memberi saya kekuatan untuk terus menimba ilmu...

Dia juga la yang meminjamkan mata, telinga dan hati supaya saya dapat terus melalui kehidupan pelajar dengan penuh kesabaran.. Amin...

Seminar Isu-isu Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu

Hari ini 22 Ogos 2008 di Dewan Sri Pulasan K6 telah diadakan Seminar Isu-isu Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu "Karya Popular Dalam Perkembangan Pendidikan Kesusasteraan Melayu"...

Maaf sangat2 kepada penganjur iaitu adik2 semester 5 Bac Pendidikan PBMP... Sebenarnya saya betul2 terlupa.. Lupa untuk set dalam reminder handphone saya.. Seusai je solat subuh, rasa mengantuk lantas terus tertidur..

Apa2 pun, saya masih sempat mengahadiri juga walaupun pembentang pertama baru sahaja membentangkan suku daripada kertas kerja beliau.. Sekalung tahiniah kepada semua adik2 PBMP dan kepada Zulfazlan selaku pengarah...

tahniah kerana mengetengah satu topik yang agak seronok untuk dibincangkan.. Insya-Allah apa yang kita lakukan mendapat keberkatan-Nya. Amin..

Kepada adik2 dari UPSI juga, selamat datang.. Alhamdulillah, bertambah kenalan untuk berkongsi pelbagai idea dan pendapat.. tak lah kita dikatakan hanya bergaul dengan 'orang kampung' sendiri aje.. hehehehehehe

study...

lari sikit dari topik2 entri terdahulu... seminggu lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan...
genapnya merdeka, bermakna genap 2 bulan saya da tak pulang ke johor.. selama 4 tahun di upm, rasenya ni la kali pertama setelah sekian lama x balik ke johor. selalunya tiap 2 minggu pasti saya menjenguk ke kampung halaman..

assignment nak di hantar di samping ujian yang bertalu2.. tapi x apa, tu semua rencah dalam menggelarkan diri seorang pelajar

sekadar bercerita..

saya rasa entri saya dari awal hingga yang ini, semuanya bertitik tolak daripada topik persahabatan dan erti kesetiaan..

kadang2 kita terlalu menjaga hati kawan kita sampaikan kita x sedar kita da mula menyakiti hati kita... kadang2 kita berpura-pura dengan kawan kita sampaikan kita x sedar yang kita telah menipu diri kita sendiri.. kadang2 kita sanggup berbuat sesuatu demi kawan kita, tanpa kita sedar perkara yang kita buat menyebabkan diri kita terluka.. kadang2 kawan kita x ambil peduli tentang perasaan kita sedangkan kita terpaksa menjadi pelakon terhebat untuk menyembunyikan apa yang kita rasa..

kenapa kita x punya rasa yang sama.... perlu ke kita berpura2 sehingga satu tahap kita terasa amat kecewa dengan diri kita sendiri.. kalau kawan kita da mula kenal kita, semestinya dia mesti tahu apa yang kita rasakan.. mereka pasti sudah merisik hal kita dengan orang sekeliling.. jado.. mengapa masih nak menyakiti hati kita.. kalau ye pun benar, x perlu nak canang kan satu dunia...

ntah la.. saya x berani nak kata banyak.. sebab saya tak tahu apa yang terjadi di masa depan. cuma cukup saya katakan saya agak terluka tika ini.. harap2 semuanya cepat berlalu

cak..

moge2 hari ni bawa keceriaan yang da mula hilang dalam hidup saya.. saya agak bingung pada waktu ni..







ada perkara yang mengganggu fikiran saya.. tapi... biarlah...

tak tau...

lanjutan entri terdahulu, saya agak terkesan untuk menceritakan tentang finishing school pada 16 dan 17 Ogos lalu di Fakulti Pengajian Pendidikan di samping beberapa kejadian kecil yang terjadi ke atas diri saya..

pada Finishing School lalu, fasilitator yang mengendlikan kumpulan saya merupakan seorang Prof Madya.. Beliau sangat peramah... kadang2 dia membahasakan diri sebagai Mama Sab.. caring nya dia...

Agak menyentuh perasaan bila dia tanyakan status hubungan saya pada sesi ice-breaking.. hampir sepuluh orang yang telah ditanya, saya orang kedua yang menjawab "still single".. beliau agak terkejut dengan penyataan saya.. namun, itulah hakikatnya.. Beliau tidak percaya sampai dia berkata "wah! atiey... the men around you are blind!!!".. tersentak juga.. kenapa ye? bukanlah saya ni cantik sangat pun.. malah tembam pulak tu... tanyalah pada rakan coursemate lelaki seperti kazzam, joko n lain2 masing2 suka mengusik saya.. namun, tidak berbekas langsung di hati saya.. gurauan dari rakan2 kadang2 membuatkan kita tersenyum sendirian..

namun, itulah hakikatnya... selepas Mama Sab bertanya, pada sesi kudapan pagi, maka berlanjutlah pertanyaan ini daripada rakan2 sekumpulan saya.. mengapa? bila? dan mcm2 lagi la yang agak terusik di hati.. namun, saya hanya tersenyum pahit..

bila saya menceritakan kepada dua orang rakan rapat saya, rupa2nya da ada yang merisikkan hal saya kepada mereka.. mereka bertanya mengapa saya masih bersendirian? mereka kata saya ni maintainance tinggi (bukan nak angkat bakul sendiri)... mungkin pandangan peribadi mereka... ada pula kata saya ni saya terlalu memilih... bukankah kita memang diberi hak mutlak untuk memilih yang terbaik untuk diri kita? salahkah saya begitu...

namun, persoalan2 tersebut tidak begiotu mengganggu perasaan saya.. doa2kanlah saya ya... saya seperti kalian jua... punya hati dan perasaan.. lagipun kita muda lagi.. hehehehehe..

yang membuatkan saya tersentuh pada 17ogos.... ada 2 kejadian yang begitu membuatkan saya marah!!!!!
orang yang mula nak mendekati saya tiba2 buat pasal.... kononnya tidak mahu diganggu.. dia minta saya beri masa kepada beliau.. mcm la saya ni mintak dia belikan saya rumah rm3 juta? mcm lah saya ni mintak dia belikan sebiji kereta? walhal satu benda pun saya x pernah minta dari dia walaupun nak berjumpa walhal kami da dekat 3 bulan tak bertemu.. kalau kita nak kan seseorang... berusahalah sikit... nah! sekarang.. saya beri sebanyak masa kepada beliau.. fikirkanlah.. saya tidak memaksa.. tapi saat saya da mula nak menerima.. bila mcm ni dia buat kat saya... maaflah.. saya jadi tawar hati... saya bukanlah orang nya yang boleh ditolak ke sana, di tolak ke sini... saya punya harga diri....

perkara kedua saya berasa sangat kecik hati dengan orang yang paling rapat dengan saya.. perkara ni pernah saya ceritakan pada k.rai cuti 2 bulan lalu... dia tak bersalah... mungkin keadaan yang buat saya rasa sangat kecewa pada nye.. maafkan saya... kalau x kerana perkara malam tu terjadi, saya mungkin x begini... pada yang berkenaan, saya da cukup menjaga hati awak... tapi.. kenapa masih nak tunjukkan pada saya benda yang tak patut saya tau?

disebabkan beberapa perkara yang remeh ni... fikiran saya agak terganggu.. walaupun agak remeh, tapi kadang2 sakit juga hati ni bila memikirkannya...

Selaut Manusia.. hehehe

MAHA 2008... 2 kali da menjenguk ke sana.. kali pertama parking rm5.. agak mahal la bagi seorang student.. kali kedua kami pergi parking di luar.. walaupun free, tapi sangat jauh untuk ke Hall...










terlupa, rupa2nya cuti sekolah... ramai lah ibu bapa bawa anak2 ke MAHA..

banyak input yang kita boleh perolehi.. saya sendiri cuba mencari peluang perniagaan.. untuk memantapkan diri.. sampai bile kita nak harapkan orang lain.. teringin berdiri di atas tapak kaki sendiri.. tapi usia masih muda.... hehehehe... doakan lah semoga impian saya cepat jadi kenyataan..

Bila Terlalu Jaga Hati Orang

kadang2 kita tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada diri kita sendiri.. seringkali kita memikirkan orang di sekeliling kita.... hingga tanpa kita sedar, kita telah melukai diri kita sendiri..

seminggu dua ni, diri agak bercelaru... memikirkan apa, siapa, kenapa dan bagaimana keadaan ni terjadi...

Bila Terlalu Jaga Hati Orang

kadang2 kita tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada diri kita sendiri.. seringkali kita memikirkan orang di sekeliling kita.... hingga tanpa kita sedar, kita telah melukai diri kita sendiri..

seminggu dua ni, diri agak bercelaru... memikirkan apa, siapa, kenapa dan bagaimana keadaan ni terjadi...

1st try...

New Blog... New Inspiration.. Everything is New.. leave your comment..