Tuesday, September 2, 2008

kerinduan Ramadhan...

Alhamdulillah.. Hari ini 2 Ramadhan, saya berjaya melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim.. Moga-moga ibadah saya diterima oleh Allah S.W.T..

Puasa pertama, dapat saya berkumpul dengan ahli keluarga saya di Johor. Cuma ketiadaan abang kerana bercuti di rumah mentuanya di Terengganu.. Namun, sudah cukup meriah apabila dapat bertemu.. Insya-Allah, awal 2009 sekitar Mac saya akan mendapat seorang lagi anak saudara.. Bertambah riuh la rumah saya nanti... Irfan yang seorang tu pun da buat rumah kami 'Haru Biru'.. Hehehehe.. Maklum la, budak sedang membesar.. Pelbagai ragam yang cuba ditunjukkan..Malamnya, saya sempat ke Masjid As-Syifa Bandar Penawar untuk menunaikan ibadah tarawikh yang hanya datang sekali setahun.. Rugi rasanya kalau ketinggalan.. Semoga saya mendapat barakah-Nya..

Puasa kedua.. Saya mula menjalani kehidupan seperti biasa di kampus hijau ini.. Berbuka seadanya kerana tiada keluarga di sisi.. Namun, saya tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya.. Malamnya, saya perlu ke kelas amali kerana tiba giliran saya untuk melakukan pembentangan.. Dengan persiapan yang tidak cukup rapi, alhamdulillah, daapt juga saya melunaskan tugas ini walaupun kami berasa tidak yakin.. Tidak dapat la saya menunaikan solat tarawikh di surau kolej.. Namun, saya mengerjakannya sendirian di bilik..

Semoga Allah tetapkan iman saya.. Amin..

No comments: