Saturday, August 30, 2008

caca marba

Hari ini sudah 2 hari saya di Johor.. Peluang yang ada untuk keluarga adalah saat yang paling menggembirakan.. Oh ya, sekita isu semasa pada hari ini.. Bajet 2008.. Wah! Banyak sungguh kelebihan dan pastinya dapat memuaskan hati semua rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.. Cuma agak tidak enak didengar perkataan Bajet itu sendiri.. Dulu dipanggil Belanjawan Negara... Tiba-tiba ditukar pada perkataan Bajet.. Dalam Bahasa Inggeris Budget. Hmm.. Lagi indah rasanya kalau kita sebut Belanjawan.. Baru lah dikatakan memperkayakan bahasa kebangsaan... Lupakan sebentar hal Bajet.. Wah.. Kita di ambang kemerdekaan.. Apalah ertinya kemerdekaan pada hari ini? Adakah kita betul-betul merdeka.. Saya hanya berada di rumah sahaja.. Tidak ke mana-mana..

Berkenaan diri sendri pula, saya mula rasa selesa kembali dengan diri saya sendiri selepas beberapa masalah timbul.. Pada saya, let bygone be bygone.. Saya tidak peduli da apa yang berlaku.. Saya pun tidak akan melayan perkara-perkara remeh yang boleh menggugat keharmonian diri saya sendiri.. Tapi kadang-kadang hati jadi marah apabila ada orang mula nak menceroboh, merobek hati saya dengan kasar sekali.. Saya kadang-kadang nampak tidak kisah orangnya.. Orang sekeliling kata mengatakan saya ni seorang yang ringkas, tidak mudah nak cepat melenting.. Tapi, tidak semua saya dapat tanggung..

Alhamdulillah, Allah masih beri cara secebis hati dan akal untuk saya fikir, renung sedalam-dalamnya erti kehidupan.. Mungkin Allah mak menguji hamba-Nya supaya saya tidak alpa kepada Pencipta.. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini.. Semoga aku menjadi insan yang tabah dan kental jiwa. OKtober ini genap 23 tahun saya diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah..

No comments: