Tuesday, October 7, 2008

alhamdulillah.. Hari ini 7 Syawal. Masing-masing mungkin sudah kembali menjalankan tugas.. Mana yang bekerja teruskan pekerjaan, mana yang belajar sudah mula ke kelas.. Minggu ni juga merupakan peperiksaan percubaan bagi adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Semoga berjaya saya ucapkan..

Saya? Macam orang lain juga. Kembali meneruskan sisa pengajian semester ni. Ada lebih kurang 2 minggu kuliah lagi sebelum peperiksaan akhir. Namun, beban tugasan tetap tak hilang. Ada lebih kurang 4 tugasan lagi yang perlu saya lunaskan..

Hari Raya tahun ni lebih menyeronokkan barangkali.. Masa saya lebih banyak bersama keluarga.. Duit raya? hmmm.. Saya masih dapat lagi.. Sakit hati la adik saya yang seorang ni, dia baru sahaja mendapat pekerjaan. Jadi dia da keluar daripada senarai anak saudara yang layak menerima duit raya.. Jangan marah Nor.. Hehehehe.

Saya berharap sekitar 2 minggu ni, saya dapat lalui dengan hati yang tenang tanpa sebarang masalah. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan yang sempurna dan tetapkanlah iman ku ini...

No comments: