Tuesday, August 26, 2008

peneman sejati kot...

Hari ni 23 Ogos 2008 bersamaan dengan 21 Syaaban 1429H, saya menemani salah seorang teman baik saya untuk ke majls konvokesyen OUM di PWTC.. Tahniah kepada Kak Ngah.. Wah.. kiranya saya ni sahabat sejati la ye.. hehehehe.. 22 Ogos 2008 saya menemani Fini kt Puduraya untuk mengambil kakaknya.. Sepanjang perjalanan, Allah menguji kesabaran saya... 6.00ptg dari Serdang,9.15malam baru saya nampak papan tanda Hentian Puduraya.. Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang teruk.. Dari awal perjalanan lagi.. Info daripada stesen radio mengatakan bahawa di sebahagian tempat di KL dilanda banjir kilat.. Pada waktu itu, saya bayangkan bagaimana semua org dari tempat kerja berpusu2 balik ke rumah masing2. Anak2 sudah menunggu... Namun, si ayah dan si ibu masih terperangkap dalam kesesakan.. Kalau sehari dua, tak mengapa la juga.. Tapi, kalau da hari2 mcm ni.. Fuh... Saya pun yang baru sekali mengalaminya mula goyah tahap kesabaran..

Pagi2 ni pula, jadi peneman Fini. Kesian pula kepadanya.. Tak apalah.. Saya ikhlas.. Lagipun saya tidak mempunyai sebarang program pada hari ini.. Boleh la juga melupakan sejenak segala masalah yang bersarang dalam benak fikiran saya, lupakan sebentar pasal tugasan2 di kolej dan sebagainya...

Kepada K.ngah.. Tahniah sekali lagi...

No comments: