Tuesday, August 26, 2008

Sistem yang tak teratur..

Hari ni sekali lagi ke PWTC untuk menguruskan urusan mengambil gambar konvokesyen kakak Fini.. Aduh!!! Amat tidak teratu sekali....
Dekat sejam setengah saya dan Fini beratur... Kononya biarla dua orang yang beratur, andaian nya biar la senang dan cepat...
Tapi, yang buat saya naik darah bila saya beratur dengan barisan yang betul ada pula yang memotong barisan.. Kalau budak-budak sekolah tak mengapa lah juga... Ini semuanya usia da menjejak suku abad, malahan ada yang da nak menjenguk ke separuh abad.. Walhal masing2 baru saja lepas menerima sijil tauliah pengijazahan mereka.. Cikgu pula tu.. Segan pula saya...
Si Syarikat Penggambaran pula tak abis2 menyuruh kami beratur.. Sampaikan saya tiba2 da termasuk dalam barisan yang lain.. Cheh! Orang semakin ramai, makin x sabar2, mungkin menjelang tengahari perut da mula lapar..
Sistem yang teratur dikatakan bila Syarikat Penggambaran tidak mengkalsifikasikan nombor ambilan gamabr tersebut.. Cuba mereka buat notis 0-100, ambil gambar di Bahagian A. 101-200 di Bahagian B.. Begitulah seterusnya.. Ni semua beratur samapai da jadi 30 lapis... Lepas tu mula nak cari gambar yang da berterabur... Subhanallah.. Macam mana la mereka dapat job nie..
Bukan saya saja yang mula merungut... Semua di situ merungut.. Suasana mula hingar-bingar macam di pasar malam..
Lepas ni, tolong la fikir satu cadangan untuk mengelakkan kejadian yang sama di masa depan..

No comments: