Thursday, August 28, 2008

hmm...

Semalam, saya jadi pengunjung Mid Valley.. ada beberapa tujuan.
1. Cari buku untuk buat mengajar
2. Cari CD Paloh K.Rai yang da hilang tah ke mana.. (Lepas ni, saya x akan bagi kat orang lain untuk pulangkan barang. Saya akan pulangkan sendiri kepada tuannya, waima dia kena tunggu saya sampai setahun)
3. Beli sedikit buah tangan untuk keluarga

Perkara ke-2 saja yang tidak dijumpai... Adui.. Letih saya cari 1 Mid Valley.. Sebelum tu, saya da cari di Jusco Balakong, Jusco Equiene, The Mall.. Mungkin lepas ni saya kena cari di sekitar Bukit Bintang kot..

Saya bersendirian di Mid Valley.. Maklum la.. Hari bekerja.. Mana-mana kawan yang masih belajar, mereka mempunyai kuliah.. sedangkan kuliah saya sehingga 10pg sahaja semalam.. Mana yang telah bekerja, mereka masih di waktu pejabat,.. Jadi, x nak menyusahkan sesiapa, saya pun gerak la sendiri... dari UPM, saya bersama ira n zul.. Namun kami berpecah di perhentian bas. X apa la.. X nak mengganggu mereka. Mungkin mereka ada agenda tersendiri.. Lama juga di MPH.. Mencari buku, membaca buku, dan sebagainya.. Hasilnya, saya membeli 2 buah buku..

Saya SMS rakan baik saya dari Johor.. Kebetulan dia baru sahaja selesai temuduga di KL. Barangkali boleh keteme dengan dia.. Ok.. Dia maklumkan di Wangsa Maju hujan turun dengan lebatnya.. Tunggu reda katanya.. saya bersabar.. Selesai urusan saya, saya mesej semula kepadanya.. Hampir reda katanya.. Dia bertanya di mana lokasi saya.. Mid Valley la.. Dia minta saya tunggu sekejap kerana menantikan seorang kawannya.. Ok.. Saya baru berangan-angan nak menonton wayang.. Tapi takut pula dia sampai ketika saya masih dalam panggung. Jadi, saya lupakan lagi nak tengok wayang.. Dari Zohor ke Asar x muncul2 tiba.. Saya mesej lagi jam 7mlm, dia kata baru nak keluar.. Oh.. Betul la pada andaian saya dia jangkakan mungkin lepas Megrib baru sampai.. Tarik nafas panjang saya.. Lega la sikit.. Lama sangat da saya tunggu... Tapi jarum jam menghampiri 8mlm, pun x kunjung tibe.. Mula la saya naik angin satu badan.. Sebab saya memang x suka menunggu.. Sms lagi sekali.. Mula la ayat dalam sms tu bunyi agak panas2 telinga sikit.. Dia suruh saya bersabar... Akhirnya 9.15mlm, komuter yang dinaiki nya baru tiba di MidValley.. Saya naik komuter tersebut.. Saya katakan tak perlulah janji selepas Magrib.. Baik janji selepas Isya'... Hmmmm... Kadang2 perkara macam ni yang buatkan saya hilang sabar.. Tapi kadang2 juga perkara seperti mengajar saya untuk faham masalah orang di sekeliling saya....

No comments: